Tahun Baharu Cina | Sambut Tahun Arnab di kampung majoriti Melayu dengan harmoni

2023-01-21 1

Setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, Kampung Muara Tebas akan dikunjungi ribuan penganut agama Buddha dari seluruh negara.

Walaupun ia adalah perkampungan majoriti Melayu, ketibaan perayaan masyarakat Cina itu disambut meriah dengan aktiviti gotong-royong menjelang perayaan itu esok.